Dalam tuhfat al-nafis, sistem
penulisan tertumpu kepada dua aspek iaitu ejaan dan tanda baca.
(a). Ejaan
‘Ejaan Baru’ telah digunakan bagi
kedua-dua bahasa Melayu dan Arab. Ejaan dalam manuskrip van Hasselt (dalam
tulisan jawi) tidaklah sentiasa sama dan konsisten. Contohnya, kedua-dua bentuk
perkataan di bawah ini muncul di dalam tulisan jawi:
sanggub/sanggup, harab/harap,
ilir/hilir
saja/sahaja, mau/mahu
Di mana ejaan dalam manuskrip mungkin
membawa kepada kekacauan dan salah faham, editor mengambil satu bentuk
perkataan dan mengekalkannya (contoh ‘governor’ telah dieja dengan tiga cara,
dan ini muncul secara konsisten dalam edisi ini sebagai ‘gebernur’). Perkataan-perkataan yang berasal dari
bahasa Bugis telah dimelayukan. Oleh itu pangkat ‘Daing’ dieja ‘Dahing’ dan
bentuk sedemikian telah dikekalkan. Huruf Jawi ‘ayn’ ( ع ), secara umumnya tidak
digunakan. Ia digunakan dalam beberapa perkataan Arab dan nama khas. Perkataan
dan petikan bahasa Arab ditulis dengan huruf condong.
(b). Tanda baca
Pembahagian di antara
bahagian-bahagian dan tanda berhenti atau jeda di dalam kisah ditunjukkan dalam
manuskrip Melayu dengan ‘perkataan tanda baca’ (misalnya ‘alkisah’, ‘syahadan’,
‘pun’, ‘kata sahibul hikayat’, ‘adanya’, ‘intiha’, ‘fasal’). Adalah mudah bagi
para pengkaji untuk mengikuti tanda-tanda ini dan memindahkannya dengan
menggunakan koma, tanda titik dan perenggan. Walaupun begitu bab-bab tidak
ditunjukkan. Pengarang-pengarang Tuhfat membahagikan karya mereka kepada
Bahagian Satu dan Bahagian Dua, tidak di dalam bab-bab. Editor telah
membahagikan teks ini kepada dua bahagian yang mengandungi 58 bab dan tiap-tiap
bab tidaklah terlalu panjang
Kenali retorik Melayu Klasik
ReplyDelete