Adat
Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Nama Adat Perpatih
diambil sempena gelaran orang yang menyuruh Adat Tuah Disakato, yakni adat yang
diamalkan di Minangkabau, Datuk Parapatieh Nan Sabatang (Datuk Perpatih Nan Sebatang).
Menurut Newbold (1839: 76 dalam buku Adat Perpatih: perbezaan dan persamaannya
dengan Adat Temenggung), Negeri Sembilan semasa kedatangan perantau Minangkabau
ke semenanjung Tanah Melayu, bukanlah kawasan yang tidak berpenghuni.
Semenjak orang Negeri Sembilan dan Naning
mempunyai hubungan dengan masyarakat luar terutamanya orang-orang Eropah
(Inggeris), cara hidup masyarakat Adat Perpatih telah dipengaruhi, malah diubah
oleh elemen-elemen baru yang mewakili nilai-nilai yang tidak pernah dikenali sebelum
ini. Jadual di bawah memberi penerangan mengenai perbezaan yang dialami oleh
Adat Perpatih terutamanya sebelum dan selepas kedatangan pihak penjajah.
| 
   
Sebelum kedatangan Penjajah 
 | 
  
   
Perkara 
 | 
  
   
Selepas Kedatangan 
Penjajah 
 | 
 
| 
   
Yang Dipertuan
  Besar, Undang, Lembaga, Buapak dan Perut 
 | 
  
   
Politik 
 | 
  
   
·        
  Mengikis dan mengetepikan fungsi
  perwakilan politik (kuasa ketua adat- Undang, Lembaga, Buapak dikecilkan dan
  diganti dengan seorang Residen) 
·        
  Residen dibantu oleh Pegawai
  Daerah. 
 | 
 
| 
   
Mewariskan tanah kepada kaum wanita dan kaum lelaki hanya sebagai
  penjaga. 
 | 
  
   
Warisan Tanah 
 | 
  
   
Sistem hak milik individu 
 | 
 
| 
   
Lelaki tidak boleh menikahi wanita dari sukunya sendiri. 
 | 
  
   
Perkahwinan 
 | 
  
   
Kaum lelaki berkahwin dengan wanita di luar masyarakat, hal yang sama
  juga berlaku dengan kaum wanita. (penghijrahan) 
 | 
 
| 
   
Pertanian 
 | 
  
   
Ekonomi 
 | 
  
   
·        
  Perdagangan 
·        
  Pedalaman (berniaga
  kecil-kecilan dan bercucuk tanam- sawah padi) 
 | 
 
No comments:
Post a Comment