Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dilahirkan pada 1116
H/1704 M, di Palembang. Tentang nama lengkap Syeikh al-Falimbani, sejauh yang
tercatat dalam sejarah, ada tiga versi nama. Yang pertama, seperti yang disebut
dalam Ensiklopedia Islam, dia bernama lengkap Abdul Samad al-Jawi al-Falimbani.
Versi kedua, merujuk pada sumber-sumber Melayu, sebagaimana dikutip Azyumardi
Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad
XVII dan XVIII , ulama besar ini memiliki nama asli Abdul Samad bin Abdullah
al-Jawi al-Falimbani. Sementara versi terakhir, bahawa bila merujuk pada
sumber-sumber Arab, maka Syeikh al-Falimbani bernama lengkap Sayyid Abdul
al-Samad bin Abdul Rahman al-Jawi.
Dari salasilah, nasab Syeikh al-Falimbani berketurunan
Arab, iaiti dari sebelah ayahnya yang bernama Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh
Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Ayah al-Falimbani adalah ulama
berasal dari Yaman yang diangkat menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad
ke-18. Sementara ibunya, Radin Ranti, adalah wanita Palembang yang merupakan
isteri kedua Sheikh Abdul Jalil, setelah sebelumnya sempat menikahi Wan Zainab,
puteri Dato' Sri Maharaja Dewa di Kedah. Syeikh Abdul Jalil adalah ulama besar
sufi yang menjadi guru agama di Palembang.
SHEIKH ABDUL SAMAD AL-FALIMBANI SEMASA KECIL
Seperti lazimnya anak-anak kecil di masa itu, Syeikh
al-Falimbani menerima pengajaran agama daripada orang tuanya sendiri iaitu
Sheikh Abdul Jalil mufti Negeri Kedah, selain beberapa guru di kampungnya yang
sempat membimbing dirinya. Minatnya terhadap ilmu-ilmu keagamaan telah terlihat
sejak usia muda. Selain di kampung halamannya, Syeikh al-Falimbani juga
mendapatkan pendidikan agama di daerah Kedah dan Patani (Selatan Thailand).
Beliau sempat berkawan dengan Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fattani ketika
belajar agama di Pondok Pauhbuk, Mayur, Pattani. Beliau nampak hebat sejak
berada di pondok lagi sebab itu beliau menjadi 'kepala telaah' (tutor).
Merasa kurang puas dengan ilmu yang dicapainya, orang tua
al-Falimbani kemudian menghantar anaknya itu ke tanah Makkah dan Madinah (30
tahun di Makkah, 5 tahun di Madinah). Di Makkah, beliau menjadi kawan
seperguruan menuntut ilmu dengan ulama Nusantara lainnya. Misalnya, Muhammad
Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Daud
Al-Fatani. Meskipun beliau menetap di Makkah, namun, beliau tidak melupakan
negeri tanah tumpah darahnya. Syeikh al-Falimbani tetap memberikan perhatian
besar pada perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara. Di Makkah
dan Madinah, al-Falimbani banyak mempelajari pelbagai disiplin ilmu kepada
ulama-ulama besar masa itu serta para ulama yang berkunjung ke sana.
al-Falimbani mempunyai kecenderungan pada tasawuf. Di samping belajar tasawuf
di Masjidil-Haram. ia juga mencari guru lain dan membaca kitab-kitab tasawuf
yang tidak diajarkan di sana.
Al-Falimbani berperanan aktif dalam memecahkan dua
persoalan pokok yang saat itu dihadapi bangsa dan tanah airnya, baik di
kesultanan Palembang mahupun di kepulauan Nusantara pada umumnya, iaitu yang
berkaitan dengan dakwah Islamiyah dan kolonialisme Barat. Mengenai dakwah
Islam, beliau mengingatkan agar tidak tersesat oleh pelbagai fahaman yang
menyimpang daripada ajaran Islam seperti ajaran tasawuf yang mengabaikan syariat.
Mengenai kolonialisme Barat, al-Falimbani menulis kitab dalam bahasa Arab untuk
meniup semangat jihad umat Islam sedunia. Tulisannya ini sangat berpengaruh
pada perjuangan umat Islam dalam melawan penjajahan Belanda, baik di Palembang
mahupun di daerah-daerah lainnya.
KARYA SHEIKH ABDUL SAMAD AL-FALIMBANI
1. Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid, ditulis
pada 1178 H/1764 M di Makkah dalam bahasa Melayu, memuat masalah tauhid yang
ditulisnya atas perrnintaan pelajar Indonesia yang belurn menguasai bahasa
Arab. Ini adalah karya pertama Sheikh Abdul Samad al-Falimbani. Ia dikarang di
Makkah atas desakan seorang sahabat yang bersama beliau mengikuti syarahan
Ahmad Bin Abdul Mun'im al-Damanhuri iaitu seorang ulama' Mesir yang mengunjungi
Makkah pada tahun 1763. Karya ini adalah untuk mereka yang tidak menguasai
bahasa Arab.
2. Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin
Ia sebuah adaptasi daripada karangan Imam al-Ghazali
Bidayatul Hidayah. Ia mengandungi perbahasan usuluddin, syariat dan tasawuf. Ia
selesai ditulis di Makkah pada tahun 1778. Ia juga mempunyai pengaruh yang
besar di Nusantara dan buku ini telah dicetak berkali-kali di Makkah, Bombay,
Kaherah dan lain-lain.
Mengenai Hidayah al-Salikin yang ditulisnya dalam bahasa
Melayu pada 1192 H/1778 M, sering disebut sebagai terjemahan dari Bidayah
al-Hidayah karya AI-Ghazali. Tetapi di samping menerjemahkannya, Al-Falimbani
juga membahas berbagai masalah yang dianggapnya penting di dalam buku itu
dengan mengutip pendapat AI-Ghazali dari kitab-kitab lain dan para sufi yang
lainnya. Di sini ia menyajikan suatu sistem ajaran tasawuf yang memusatkan
perhatian pada cara pencapaian ma'rifah kesufian melalui pembersihan batin dan
penghayatan ibadah menurut syariat Islam.
3. Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin
Ini merupakan karya terbesar Sheikh Abdul Samad. Ia siap
di Taif pada tahun 1778. Kitab ini didasarkan kepada kitab Lubab Ihya'
Ulumiddin . Ia dicetak berkali-kali termasuk di Pulau Pinang. Sayr al-Salikin
ditulis olehnya di dua kota, iaitu Makkah dan Ta'if, 1779 hingga 1788. Kitab
ini selain mengandungi terjemahan Lubab Ihya' Ulum al-Din karya Al-Ghazali,
juga memuatkan beberapa masalah lain yang diambil dari kitab-kitab lain.
4. Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Mukminin
Ia dikarang pada tahun 1774. Mengandungi suatu fragmen
mengenai perang sabil. Sebuah naskhah berada di Perpustakaan Nasional Jakarta,
dan sebuah lagi berada di Perpustakaan Leningrad.
5. Al-'Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil-Ittiqa', ditulis
dalam bahasa Arab, menyentuh wirid-wirid yang perlu dibaca pada waktu-waktu
tertentu.
6. Ratib 'Abdal-Samad, seumpama buku saku yang berisi
zikir, puji-pujian dan doa yang dilakukan setelah solat Isya. Pada dasarnya isi
kitab ini hampir sama dengan yang terdapat pada Ratib Samman.
7. Zad al-Muttaqin fi Tauhid Rabb al-'Alamin, berisi
ringkasan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad al-Samman di
Madinah.
terima kasih kerana menyediakan maklumat tentang tokoh ini...susah nak cari pasal tokoh nie...
ReplyDeletesama-sama...semoga bermanfaat..nak gunakan untuk buat tugasan ke??
ReplyDeleteSaya dengar, keluarga beliau masih ada di Kedah. Kalau mengenalinya, bolehkah saya menziarahi mereka.
ReplyDeleteSyekh Abdul Samad Al Palimbani adalah seorang ulama alim juga ahli Tharekat dari jalur Sayyid Syekh Samman Al Madani, salah satu tharekat yang bagus untuk diamalkan. Alhamdulillah saya banyak mendapat inspirasi dari amalan tharekat karena tetap pada landasan syariat. Amiin.
ReplyDelete