Showing posts with label SENI RETORIK DAN GAYA BAHASA. Show all posts
Showing posts with label SENI RETORIK DAN GAYA BAHASA. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

GAYA BAHASA SEJARAH MELAYU

Pengarang Sejarah Melayu memasukkan banyak kata-kata dan bidalan asing di dalam teks, antaranya:
a) Bahasa Arab
‘Malakat’ ertinya perhimpunan segala dagang.
Ungkapan Arab “Al-bikru fil-qawmi ahra la hum syarban” yang bermaksud yang sungai minum itu pada suatu kaum itu juga meminum dia (halaman 196).
Bidalan Arab yang dimasukkan dalam Sejarah Melayu ialah “Al-mahabbat bainun manfiyyun, wa’l’ isyqu fikrun manfyyun” ertinya yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada (halaman 194).
b) Bahasa Jawa
“Pangeran, si anu sampun pejah”. Kata Patih Adam “Dimene”  ertinya “Biarkanlah”
Kata orang “ Kabih sampun pejah”. Maka sahut Patih Adam “ Dimene kang sampun pejah kabih isun putra dalam iki belane sunpadi”. Ayat tersebut membawa maksud “Biarlah habis mati semuanya, akan aku anak orang ini pun padalah”. (halaman 159)
c)Bahasa Siam
Kata Maharaja Dewa Sura, “Kwai, Kwai” yang bererti “perlahan-lahan” (halaman 74)
d) Bahasa Parsi
“Arayat juna bakhsanat sultan khasad” yang bererti “rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon” (halaman 127)

BAHASA BERLAPIS
Antaranya:
a).        “Jikalau layu rumput di halaman Yang Dipertuan, sahaja seperti titah yang maha mulia itu patik kerjakan” (halaman 126). Ayat ini membawa maksud: jika tuanku mangkat, wasiat Tuanku itu akan disempurnakan.
b).        “Hai, hai lihatlah Seri Maharaja, anak harimau diajarnya makan daging, dia kelak ditangkapnya” (halaman 139 ). Ertinya ialah memberi manja atau menggalakkan untuk melakukan kekejaman.
c).        “ Nyaris lepas tangan” membawa maksud meninggal dunia
d).        “Basuhkan arang di mukaku ini” membawa maksud menuntut bela di atas penghinaan.
SIMILE
a).Seperti ular berbelit-belit lakunya (halaman 175)
b). Baginda pun melambung diri seperti ayam disembelih (halaman  176)

MONOLOG
a). Maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairong baginda sendiri, habis roboh-roboh. Maka titah baginda “ Demikianlah kelak balairong raja Melaka kulanggarkan dengan gajahku ini” (halaman 173)
b) Baginda pun terlalu murka, titah baginda “ Kits diperbuatnya oleh raja Melaka seperti kera, mulut disuapnya pisang, pantat dikaitkan dengan onak. (halaman 174)




Saturday, 25 May 2013

GAYA BAHASA KARYA AGUNG - HIKAYAT HANG TUAH

SISTEM EJAAN
Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan “Bismillahirrahmanirrahim” dan wabihinastainubihi” yang kerap kali digunakan di dalam Hkayat hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi.

PENGARUH KOSA KATA ASING
Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi Hikayat Hang Tuah yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan zaman. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati kurang sekali kecuali pada bahagian-bahagian tertentu. Hikayat Hang Tuah dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh bahasa asing yang utama iaitu pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.

Pengaruh Hindu-Sanskrit
Bukit Siguntang Mahabiru yang dijadikan negeri atau penempatan. dipercayai bahawa penggunaan “Mahabiru” dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan “Mahaviru” yang bermaksud bukit suci (mengikut kepercayaan tradisi Hindu). Mengikut kepercayaan agama Hindu bukit Mahariru merupakan kediaman dewa-dewa Vishnu dan Shira. Gelaran “Laksamana” yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan. Gelaran Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja.
Pengaruh Islam (Arab- Parsi)
Perkataan Arab sering digunakan sebagai mukadimah dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Contohnya “Bismillahirrahmanirrahim” dan wabininastainubihi” yang merupakan pembuka kata. Selain dari perkataan-perkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataanperkataan Arab-Parsi yang digunakan dalam hikayat ini. Perkataan-perkataan tersebut adalah seperti Allah subhanahuwata’ala, assalamualaikum, muallim, mua’azzam, alkisah,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi.

Pengaruh Jawa
Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat hang Tuah ini. Nama kerabat diraja dan golongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran Jawa berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua puteri baginda raja Melaka, iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. “Raden” merupakan gelaran diraja yang sering digunakan kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti gelaran Tengku, Engku dan Raja. Panggilan Kyai pula adalah gelaran yang diberikan kepada para alim ulama. sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan “Kyai” ini samalah ertinya dengan perkataan Ustaz, Imam, Haji dan Lebai.

PENGULANGAN KATA
Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di dalam Hikayat Hang Tuah ialah setelah alkisah hatta maka sebermula arakian syahadan dan sekalian.

PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT
Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah.
Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :
Syahadan maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu. Hatta berupa lamanya maka Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggan pun besarlah, makin besar makin bertambah baik rupanya. Hatta beberapa raja-raja hendak meminang dia, tiada juga diberikan oleh ayahanda bonda baginda.

PENGGUNAAN AYAT YANG PANJANG, BERULANG-ULANG DAN BERBELIT-BELIT
Contohnya:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan - datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
AYAT HIPERBOLA
Menerusi contoh ayat yang diberi, jelas kelihatan daripada wacana-wacana pemerian pengarang terhadap kecantikan dewa-dewa yang turun dari kayangan. Antara contoh gaya bahasa hiperbola berbunyi :
Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
PENGGUNAAN AYAT PASIF DAN SONSANG
Antara contoh ayat yang menunjukkan ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti yang berikut :
Setelah sudah bermuat maka nakoda itu pun turunlah keperahunya lalu berlayar ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)
GAYA BAHASA

BAHASA KIASAN
Penggunaan bahasa kiasan ini merupakan gambaran sesuatu peristwa dapat disampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa kiasan ini ialah :
a. Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa telah digambarkan sebagai :
…….. rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)

b. Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu digambarkan :
……. seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67)

GAYA BAHASA PERTENTANGAN
Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa pertentangan telah dikenal pasti. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik dan meyakiti hati seseorang. Antaranya adalah,
“Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga. Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini, bukanlah anak raja Terengganu”.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254)

Friday, 10 May 2013

KONSEP RETORIK MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGUNG TUHFAT AL-NAFIS

Dalam tuhfat al-nafis, sistem penulisan tertumpu kepada dua aspek iaitu ejaan dan tanda baca.
(a). Ejaan

‘Ejaan Baru’ telah digunakan bagi kedua-dua bahasa Melayu dan Arab. Ejaan dalam manuskrip van Hasselt (dalam tulisan jawi) tidaklah sentiasa sama dan konsisten. Contohnya, kedua-dua bentuk perkataan di bawah ini muncul di dalam tulisan jawi:
          
  sanggub/sanggup, harab/harap, ilir/hilir
            saja/sahaja, mau/mahu

Di mana ejaan dalam manuskrip mungkin membawa kepada kekacauan dan salah faham, editor mengambil satu bentuk perkataan dan mengekalkannya (contoh ‘governor’ telah dieja dengan tiga cara, dan ini muncul secara konsisten dalam edisi ini sebagai ‘gebernur’). Perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Bugis telah dimelayukan. Oleh itu pangkat ‘Daing’ dieja ‘Dahing’ dan bentuk sedemikian telah dikekalkan. Huruf Jawi ‘ayn’ ( ع ), secara umumnya tidak digunakan. Ia digunakan dalam beberapa perkataan Arab dan nama khas. Perkataan dan petikan bahasa Arab ditulis dengan huruf condong.

(b). Tanda baca
Pembahagian di antara bahagian-bahagian dan tanda berhenti atau jeda di dalam kisah ditunjukkan dalam manuskrip Melayu dengan ‘perkataan tanda baca’ (misalnya ‘alkisah’, ‘syahadan’, ‘pun’, ‘kata sahibul hikayat’, ‘adanya’, ‘intiha’, ‘fasal’). Adalah mudah bagi para pengkaji untuk mengikuti tanda-tanda ini dan memindahkannya dengan menggunakan koma, tanda titik dan perenggan. Walaupun begitu bab-bab tidak ditunjukkan. Pengarang-pengarang Tuhfat membahagikan karya mereka kepada Bahagian Satu dan Bahagian Dua, tidak di dalam bab-bab. Editor telah membahagikan teks ini kepada dua bahagian yang mengandungi 58 bab dan tiap-tiap bab tidaklah terlalu panjang
           


Wednesday, 8 May 2013

PENGARUH BAHASA ASING DALAM HIKAYAT HANG TUAH


a)      Pengaruh bahasa Arab

Terdapat beberapa perkataan yang telah menampakkan ciri-ciri pengaruh Islam dengan begitu jelas sekali. Perkataan Arab sering digunakan sebagai mukadimah dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh, “Bismillahirrahmanirrahim” dan wabininastainubihi” yang merupakan pembuka kata yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam agama Islam. Selain dari perkataan-perkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataan-perkataan Arab-Parsi yang digunakan dalam hikayat ini. Perkataan -perkataan tersebut adalah seperti Allah subhanahuwata’ala, assalamualaikum, muallim, mua’azzam, al-kisah,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi.
Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang banyak di dalam hikayat ini telah membuktikan pengaruh Islam yang kian berkembang sehingga mempengaruhi kosa kata yang digunakan pada ketika itu. Penggunaan kosa kata pinjaman Arab-Parsi juga boleh didapati menerusi karya bahasa Melayu Moden. Perkataan-perkataan seperti Allah, insyaallah dan sebagainya juga ada digunakan. Namun pendedahannya tidak sehebat seperti dalam bahasa Melayu Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam tulisan rumi, tidak seperti karya bahasa Melayu Klasik yang menggunakan tulisan Arab bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata-kata yang berfungsi sebagai “mukadimah”.

b)     Pengaruh bahasa Jawa


Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat hang Tuah ini. Pengaruh Panji jawa begitu ketara sekali terutamanya apabila nama kerabat diraja dan golongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran Jawa. Ini jelas dapat dilihat berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua puteri baginda raja Melaka, iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. “Raden” merupakan gelaran diraja yang sering digunakan kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran yang diberikan kepada para alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan “Kyai” ini pula samalah ertinya dengan perkataan Ustaz, Imam, Haji dan Lebai yang sering digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak didapati di dalam karya hikayat ini. Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa pengulangan adalah perkara yang lazim didapati. 

Wednesday, 1 May 2013

KONSEP RETORIK

Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang membawa maksud pemidato. Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual. 

Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato. 


BENTUK BINAAN AYAT HIKAYAT ABDULLAH

i. Morfologi
Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah seperti dibawah;

Contoh 1
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)

Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.” (Halaman 119)

Selain daripada aspek penggunaan imbuhan meN-, banyak lagi aspek morfologi yang terdapat dalam penulisan karya Hiakayat Abdullah. 

ii. Sintaksis
Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh;

Contoh 1
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.
( halaman 16)

Contoh 2
Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”
( halaman 69)

Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada watunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.

iii. Semantik
Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan pa yang dimaksudkan.
Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu. Umpamanya ;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.”

Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan.

iv. Kosa Kata
a) Kata asli
Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. Sebagai contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10;
Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, mak sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “ Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.

Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pentun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.