Saturday, 25 May 2013

PENGASIH

Pengasih membawa makna ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Ilmu pengasih ini adalah untuk mendapat pemujaan oleh seseorang yang jatuh hati kepada orang lain. Lazimnya, ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukai itu tidak menyukainya atau orang itu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih boleh digunakan dengan banyak cara, namun cara yang popular adalah dengan cara mencalitkan sesuatu minyak kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara menjampi gambar dan sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah:

“Kun sarik panjik-panjik
Bagurung bagirang
Taulas takani ngidan
Kasih sayang (anu) memandang akuk
Cinta sayang (anu) melihat akuk
Dengan berkat
Lailaha il-Lallah
Muhammad ar-Rasulullah”
         
 (Mana Sikana : 67)

Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut (bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri baginda.
                                                                                                                                                         (Sejarah Melayu:170)


Ilmu pengasih ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh lalu di bawah ampaian dan tidak boleh mengerjakan maksiat seperti mencuri. Jika dilakukan juga, jampi tersebut tidak akan mujarab. Pengamal jampi ini juga tidak boleh melangkah tulang babi dan sebaik-baiknya dia hendaklah terus kepada matlamatnya. Selain untuk perkasihan, jampi ini juga boleh digunakan untuk bertemu dengan orang yang tertentu untuk tujuan baik. Misalnya ketika hendak berwawancara atau temu duga pekerjaan, meminta pertolongan atau sebagainya.

14 comments:

  1. ohh...macam ni ayat pengasih..

    ReplyDelete
  2. ya...macam ni la ayat pengasih...kalau awak nak tahu...bukan zaman dahulu saja yang menggunakan ilmu pengasih tapi zaman sekarang pun digunakan juga...kadang-kadang seseorang itu inginkan seorang wanita atau lelaki idamannya, mereka akan menggunakan ilmu pengasih seperti ini untuk menundukkan mereka..

    ReplyDelete
  3. nak tny sy skarang tergila2 kt suami org..sy xtaw adakh sy tkena guna2..sy rindu gila kat dia, hampir setiap saat ingt kat dia, kkdg rasa nak jerit dan menangis sb tlalu rindu kat dia, ari2 stalk fb dia..kkdg terasa nafsu kat dia..adakah sy terkena, tp dia nampak seorg yg moden atau org yg xminat benda2 karut cmni..hati lelaki sy xleh baca..

    adakah ayat pengasih diatas dibenarkan dlm islam, sb sy ade tgk cete, kalu xleh lalu bwh ampaian ni sbenarnya ayat xbaik?? btol ke?

    ReplyDelete
  4. Ayat pengasih seperti ini hanyala mantera jampi dgn bantuan jin sahaja dan ianya syirik bagi siapa yang melakukannya.

    ReplyDelete
  5. Kena faham juga .kalau diperhatikan kenapa kebanyakan nya mantera melayu tua ini berakhir dengan kalimah lailahaillallah muhammadurasullullah. Kalau diamati betul betul mantera ini adalah sejenis doa yang berseni. Maksud saya cara mengamalkan nya unik.
    yang saya dapat lihat mantera ini mengharap pada allah semata.

    ReplyDelete
  6. Kena faham juga .kalau diperhatikan kenapa kebanyakan nya mantera melayu tua ini berakhir dengan kalimah lailahaillallah muhammadurasullullah. Kalau diamati betul betul mantera ini adalah sejenis doa yang berseni. Maksud saya cara mengamalkan nya unik.
    yang saya dapat lihat mantera ini mengharap pada allah semata.

    ReplyDelete
  7. Terjumpa blog ni..bahaya betul zaman sekarang hantar camni pd kita..
    Anda mempunyai masalah hubungan?di
    tinggalkan kekasih?suami atau pasangan anda curang?musuh anda untuk dihapuskan?teman sepejabat?pegawai atasan?jiran rumah?saudara?jarak jauh atau dekat..pihak kami menyediakan pelbagai keilmuan dan barangan mistik bagi menyelesaikan segala masalah anda dengan pantas..kami menyediakan pelbagai khidmat ilmu kebatinan sama ada yang bersifat hitam mahupun putih.sila layari blog kami.
    https://pawangsantau.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum tok pm saya tok ada bnda nak tanya

      Delete