Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang
ialah Tun Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada
tahun 1565. Beliau ialah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara
kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja
antara tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun
Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun 1615. Beliau
ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun
Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir
iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah
dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau
terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan
tahun 1606. Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan
Portugis dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah mengatur perjanjian
dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor
daripada serangan Acheh.
Sulalatus Salatin telah ditulis oleh
Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah
Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama Sulalatus
Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai
keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain
hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak
menceritakan kezaliman raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang menganggap
raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat
yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Contohnya kisah Hang tuah, Singapura
dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya. Terdapat banyak
nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-kisah ini.
Antara unsur karya agung yang terdapat
dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin,
Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal.
Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu
cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya
kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa
Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan
kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Seterusnya ialah unsur kesejagatan.
Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap sebagai kemanusiaan
sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi
peristiwa Waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.
Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak
rakyat. Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh
derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan
negeri.
Unsur keadilan pula dapat dilihat
menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja Melayu. Terdapat banyak contoh
kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan kesan
sampingan yang lain. Contoh pertama dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud
yang bertindak membunuh beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukak
itu tidak seberapa. Contohnya, Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh
Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir
dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya. Hal ini
kerana Sultan Mahmud apabila dia membunuh keluarga Tun Mutahir, kekuatan Melaka
menjadi lumpuh. Walaupun rakyat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi
keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya
sendiri.
Assalammualaikum,nak tanya ,dkat mna nk dpatkn buku sulalatus salitin
ReplyDeleteAssalammualaikum,nak tanya ,dkat mna nk dpatkn buku sulalatus salitin
ReplyDeletekamu tanya pelajar tingkatan 6 dari sebelah selatan, tapi pelajar yang mengambil sastera sahaja
DeleteDekat kedai motor hap heng wong
ReplyDelete